Siapakah pengguna aplikasi ini?
Warganegara Malaysia yang beragama Islam, berusia 24 tahun ke atas dan sangat serius dalam mencari jodoh.
Berapa lama pihak admin akan meluluskan maklumat saya?
Dalam masa 24jam hari bekerja.
Aplikasi ini percuma atau berbayar?
Aplikasi ini percuma untuk dimuat turun. Akan tetapi, jika anda ingin berbalas mesej dengan calon yang lain, anda perlu membeli kredit untuk menjadi ahli premium.
Bagaimana hendak menjadi ahli premium?
Untuk menjadi ahli premium, anda perlu membeli kredit. Kredit boleh dibeli melalui aplikasi kami (android/ios). Kami menggunakan servis ToyyibPay untuk menerima pembayaran secara online. ToyyibPay boleh menerima online transfer dari bank-bank tempatan.
Bolehkah saya membaca mesej dari calon lain jika saya bukan ahli premium?
Ya, anda boleh membaca mesej jika anda bukan ahli premium. Anda cuma tidak boleh berbalas mesej sahaja.
Bolehkah saya melihat profil calon lain jika saya bukan ahli premium?
Ya, anda boleh melihat profil calon lain jika anda bukan ahli premium.
Calon yang saya minat ni bukan ahli premium. Apa yang boleh saya buat?
Anda boleh belanja kredit kepada calon tersebut.
Kenapa perlu bayar, platform lain percuma sahaja?
Terdapat kos yang perlu kami tanggung seperti server dan iklan media sosial. Kami sentiasa aktif dalam melakukan pengiklanan untuk menambahkan lagi calon-calon dalam aplikasi kami.
Bagaimana cara untuk tutup akaun PlanB?
Sila hubungi admin untuk menutup akaun anda.